Sunday, December 9, 2012

Salam Citrarasa Jalanan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam pertemuan dalam entry pertama saya di Blog Citrarasa Jalanan.  Tujuan saya ber 'blog'? adalah un tuk berkongsi pengalaman saya menikmati makanan dari peniaga dan penjaja jalanan serta restoran-restoran yang ada di seluruh Malaysia.

Meskipun telah banyak wujud blog-blog yang seangkatan, diharapkan kewujudan blog ini dapat menjadi penambah perisa kepada blog-blog sedia ada. Bukan niat untuk jadi terkenal, tapi sekadar berkongsi pengalaman. Idea untuk memblogkan pengalaman saya ini terhasil selepas melalui kepayahan mencari makanan yang kena dengan selera (dan tentunya murah laa..) sepanjang saya bertugas diluar kawasan (outstation la tu.). Jadi, dengan adanya blog ini adalah menjadi harapan saya ianya memberi sedikit manfaat kepada pembaca-pembaca samada sekadar untuk mencuba atau mereka yang ingin melancong dalam negeri, mencari tempat makan.

'MAKAN' adalah merupakan satu perkara terpenting dalam kehidupan khususnya bagi rakyat Malaysia keseluruhannya. Kenapa saya katakan penting? kita selalu merujuk pekerjaan sebagai 'Cari Makan' dan kita tak sebut sebagai 'Cari Penyakit' atau sebagainya. Memang tidak dinafikan di Malaysia tidak ada masalah orang tak cukup makan melainkan masalah terlebih makan. Ini menggambarkan betapa negara ini amat makmur. Tetapi, jika setiap kali outstation kita nak makan 'Mek D' atau 'Key Ef See' pasal tak tahu tempat yang sesuai dan kena dengan selera.. masalah jugak kan?

Jadi, dari sinilah perlunya kita merujuk kepada kawan-kawan yang tahu. Tapi kalau kawan-kawan pun tak tahu.. tanya saja pakcik 'google' (Pakcik G).. mungkin pakcik G tahu apa yang kawan-kawan tak tahu dan boleh beri pilihan alternatif kepada makanan segera yang boleh menyegerakan kita kepada penyakit diabetes itu.. Selamat membaca :)

No comments:

Post a Comment